Monday, June 25, 2007

sama2 kita renung kan...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :



1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam

Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendamhatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atautempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama. -derma)



** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui makhluk.



5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..



** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapatdimanfaatkan.



6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org aderegonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkanamalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah



**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Kesimpulannye



Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.





****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua- duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.



So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

p/s hidup ini adalah perjalanan... kite yang menentukan dimana harus kita pergi dan tujui jadi hendaklah kita pandai mebuat keputusan kerana setiap keputusan yang kita ambil adalah penentu segala nya dalam kehidupan seharian dan hendaklah kita redha akan segala ketentuan dari Nya.. amin..

Monday, June 4, 2007

renung2kan lah...

Assalamualaikum,

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN. WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA. WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah , Saudi Arabia , pada sauatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:- dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami,
2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuatkebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.

Untuk peringatan !!

1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat iniadalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia.
3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.
4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain.Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepadaorang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri kabinet.
5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak bandinganya.
7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah menerima wasiat ini dari kawannya di melaka, malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan ianyqa bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari kemudian dia mendapat penyakit ganjuil dan penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepadaorang lain di mana mereka mendapat pelbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa bmenyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan. Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmatkeuntungan hidup.

PERHATIAN
; Setelah membacanya wasiat ini, hendaklah di tulis ataudicetak dan disampaikan kepada orang lain atau dikirimkan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya ini telah dilakukan, anda akan dianugerahi oleh ALLAH sesuatu niat dan hajat anda. Hajat anda akan di kabulkan oleh ALLAH, kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekotoran dan biarlah tidak mendapat perlindungan atau syafaat daripada Rasullullah s.a.w. oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak sebanyak 20 salinan dan sampaikan kepada orang lain. Dalam masa seminggu atau dua minggu anda akan beroleh kebahagian dai ingatlah : lakukan ini dengan niat anda kepada Allah s.w.t.

INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA.
Semoga anda juga akan berbuat demikian setelahmembacanya.
INSYAALLAH

ape pandangan anda semue...?

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang
berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi
kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tak perlu taat pada isterinya.


Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada
suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan
itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah
s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan
danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pulaboleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah

berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran

darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan

otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality
seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima

musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada
sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka
orang yang merugi.


Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah
sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.


Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa
meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri
bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!


Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?


Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab
yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia
lagi
kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.

hurm....

ape yang nak di post di sini ek....beginning of my life kot...nk kate lawak x gak..nk kate sedih tu sedih gak..nak kate mencabar tu name dah kehidupan mest la mencabar kan? hurm.... ape2 pon welcome to my blog la..huhu